PANDUAN PENTING MEMBELI RUMAH ATAU HARTANAH LELONG

PANDUAN PENTING MEMBELI RUMAH ATAU HARTANAH LELONG

1)MENGENALPASTI RUMAH ATAU HARTANAH : –

Ambil perhatian perihal alamat dan maklumat yang berkaitan dengan hartanah yang anda berminat.

2) HUBUNGI PELELONG

(Arena Auctioneers Sdn Bhd) untuk mendapatkan apa-apa maklumat lain yang diperlukan. Baca Syarat Jualan & POS: – Luangkan masa anda untuk membaca dan memahami sepenuhnya “TERMA DAN SYARAT PENJUALAN” dan dapatkan penjelasan dari pelelong.

3) BUAT SIASATAN

Site visit hartanah yang berkenaan untuk memahami lebih baik keadaan dan kemudahan serta kelemahan hartanah tersebut. Hartanah Lelong boleh tengok dari bahagian luar sahaja. Pastikan hartanah yang dipilih itu bersesuaian dengan kehendak sebelum membeli.

Rumah lelong yg ada penghuni biasanya dalam keadaan yang ok.

4) LAKUKAN CARIAN PADA HARTANAH

Lakukan carian umum atau dapatkan nasihat undang-undang dari peguam bebas mengenai hartanah  tersebut.

Tunggakan maintenance – perlu semak dengan pejabat maintenace hartanah tersebut.

Tunggakan cukai pintu – perlu semak dengan majlis perbandaran setempat di mana hartanah berada.

Tunggakan cukai tanah – perlu semak dengan pejabat tanah setempat di mana hartanah berada.

Bawak POS sebagai rujukan. Membuat anggaran kos repair rumah lelong jika anda berjaya membidanya.

 

5)  SEMAKAN LOAN

Pastikan anda menyemak dulu kelayakan loan dengan pihak bank untuk bayar baki 90% pembelian hartanah lelong ini. Dapatkan senarai Bankers dari kami untuk semakan. Forwardkan POS hartanah kpd pihak bank sebagai rujukan untuk menilai kelayakan anda untuk memohon pinjaman pembelian hartanah lelong.

JANGAN PERGI BID KALAU ANDA TAK PASTI LOAN ANDA DILULUSKAN. Deposit lelong anda akan hangus jika GAGAL LUNASKAN BAKI HUTANG DALAM MASA 120 HARI (ikut Syarat POS, ada yang 90 hari ada yang 120 hari)              

 

6) SEDIAKAN BANK DRAFT 10% DARIPADA HARGA RIZAB

Bersedia untuk tambah perbezaan antara 10% daripada harga jual terakhir dengan segera selepas lelongan berakhir (Jika Menang bidding sahaja, jika kalah bank draft akan dipulangkan)

(Transfer fund to Arena Auctioneers )

 

7) DAFTAR PADA HARI LELONGAN

Pada hari lelongan, daftarkan diri anda di kaunter pendaftaran. Kad Paddle (pembida) dengan nombor akan dikeluarkan untuk mengenal pasti pembida berdaftar semasa Lelongan.

(Wakilkan Arena Auctioneers. Jika wakil, pastikan ada surat wakil, salinan ic pembida dan ic wakil.)

 

8) BIDAAN

Pelelong akan mengumumkan permulaan lelongan. Tetapkan had maksima bidaan anda sebelum lelongan bermula. Jangan bida melebihi had yang telah anda tetapkan semata2 kerana terlalu beremosi semasa bidaan dijalankan. Kalah menang memang adat lelongan.

 

9) PEMBIDA BERJAYA

Pembida yang berjaya ialah pembida yang pembuat tawaran tertinggi semasa proses pembidaan. Apabila tukul lelongan diketuk dengan tiga kali umum harga tertinggi maka, hartanah itu dijual.

 

10) TANDATANGAN PADA  KONTRAK – TAHNIAH !!!

Tandatangan pada  kontrak jualan. Pembida akan dinasihatkan untuk mengambil  kontrak dimatikan Stamp dalam masa terdekat.

Hartanah lelong tidak tertakluk sepenuhnya kepada Sekatan Rum

 

ah Kos Rendah kecuali jika ada dinyatakan di dalam POS. Contohnya:

  1. Gaji suami dan isteri tidak boleh melebihi RM5000.00.
  2. Pemohon tidak boleh mempunyai lebih dari sebuah hartanah.
  3. Pemohon mestilah bermastautin dalam negeri Selangor. Etc.

Anda perlu mendapatkan POS hartanah dan menyemak syarat-syarat jualan hartanah terlebih dahulu sebelum anda menyertai bidaan di dalam lelongan awam.

 

Jom beli hartanah murah 1️⃣️ Malaysia di Arena Auctioneers Sdn Bhd. Mana tahu salah satu hartanah kami akan menjadi milik anda 🤗

       🏚🏚🏚🏚🏚🏚🏚🏚

Klik utk update flyers terkini : https://arenaauctioneers.com/flyers/

Klik utk update listing lelongan terkini : https://arenaauctioneers.com/listings/

klik untuk website rasmi Arena Auctioneers : https://arenaauctioneers.com/

 

Contact Us (Call, Email or Whatsapp) :

03-7842 5660 / 03-7845 5890 (Office)

013-344 3148 (Riana), 019-669 9279 (Nabilah), 019-668 5047 (Rosdi), 012-327 5047 (Ana), 019-366 3216 (Fariha),

 

018-959 5047 (Sue), 012-288 5047 (Maz)

 

EMAIL:  arena.auctioneers@gmail.com

FACEBOOK:  https://www.facebook.com/profile.php?id=100008275935993

INSTAGRAM:  https://www.instagram.com/arena_auctioneers/

TWITTER:  https://twitter.com/AHartanah

 

Thank you.

Leave a Reply